Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Jalur Gemilang Berkibar Megah di Muara Kuala Sungai Pinang

By 29 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azimee Abdullah/Ainsyah Hamid

BALIK PULAU, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Nelayan Kuala Sungai Pinang di sini menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dengan perarakan bot-bot nelayan.

Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Sungai Pinang Ridzuan Hashim program Kibarkan Jalur Gemilang yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang baik.

“Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Barat Daya kerana menganjurkan program sebegini.

Program kempen Kibar Jalur Gemilang ini secara tidak langsung dapat menyuntik semangat patriotisme dan cintakan negara tanpa mengira latar belakang komuniti setempat,” katanya.

Penyerahan Jalur Gemilang oleh Pegawai Penerangan Daerah Barat Daya Marshita Othman kepada Ridzuan Hashim di muara Kuala Sungai Pinang menjadi simbolik perarakan bot tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda