Laporan/foto: Zaharah Ismail/Muhamad Amirulfarhan Mohd Daud (Kinta)
IPOH, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Kembara Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan yang telah bermula sejak 1 Ogos 2022 kini telah tiba ke destinasi seterusnya iaitu Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).
Menurut Pengarah ILKKM Rokiah Tukiman dengan adanya program Kembara Keluarga Malaysia anjuran Jabatan Penerangan ia sekaligus dapat menggelorakan lagi semangat cintakan Negara dikalangan para pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Kunjungan Kembara Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jabatan, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai satu mesej yang sama iaitu berkempen mengibarkan Jalur Gemilang secara berterusan bukan sahaja di bulan Kebangsaan tetapi konsisten sepanjang masa demi mewujudkan suasana cintakan negara.
“Saya juga mengharapkan program seperti ini yang berkonsepkan cintakan Negara akan mendapatkan impak yang positif dan juga ia mencapai objektif iaitu mendidik setiap masyarakat agar menghargai nilai kemerdekaan yang kita telah kecapi selama 65 tahun,” katanya.
Program Kembara Keluarga Malaysia yang terdiri daripada 40 buah kenderaan yang terdiri daripada kenderaan Jabatan, Motoked, Motosikal berkuasa tinggi dan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) ini terus bergerak ke lokasi seterusnya di Dataran Warisan, Taiping Perak bagi neneruskan Konvoi Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022.
-ZS-