Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Program Santuni Kanak-Kanak dan Komuniti Simbol Semangat Keluarga Malaysia

By 6 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin

LABUAN, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Santuni Kanak-Kanak dan Komuniti Sub Zon 5 Wilayah Persekutuan Labuan adalah simbol kepada semangat Keluarga Malaysia.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias pelaksanaan program seumpama itu sangat baik dan amat releven diadakan kerana ia merupakan satu usaha yang murni serta menjadi platform paling sesuai bagi memberikan perkhidmatan terus kepada masyarakat.

“Saya amat berharap pelbagai program yang dijalankan dalam program pada hari ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua warga di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Saya ingin menyeru kepada semua agar sama-sama berganding bahu untuk terus memperkasa Keluarga Malaysia dengan pengukuhan elemen kasih sayang dalam keluarga masing-masing dan menanam tekad dan azam berhubung perkara ini supaya kita hidup dalam aman dan harmoni,” katanya semasa merasmikan program itu, di sini pagi tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perbandaran) Perbadanan Labuan, Fadzillah Mahmud.

Antara agensi yang terlibat dalam program itu adalah Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Labuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Perskutuan (MAIWP), Jabatan Penerangan Labuan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Labuan, Jabatan Agama Islam Labuan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Labuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda