Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kerajaan Sentiasa Menjaga Kebajikan Nelayan

By 1 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/LKIM Terengganu   

KUALA TERENGGANU, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Muhyiddin Mohd Yassin telah mengadakan perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin nelayan seluruh negara 2,000 orang nelayan negeri Terengganu di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, di sini.

Menurutnya bantuan-bantuan yang diberikan menunjukkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan Persekutuan melalui LKIM dalam memainkan peranan menjaga kebajikan nelayan dan Pembangunan Persatuan Nelayan di Negeri Terengganu khususnya dan di Malaysia amnya.

Pada pertemuan itu Muhyiddin turut menyampaikan bantuan Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) Terengganu berjumlah RM14.2 juta, bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Terengganu (RM4.2 juta) dan Dana Khas Persatuan Nelayan Terengganu berjumlah RM1.6 juta oleh MAFI bagi tahun 2022.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang hadir turut melancarkan ‘Road to MAHA’ sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan diadakan pada 4 hingga 14 Ogos 2022 di MAEPS, Serdang, Selangor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda