Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Semarak Bulan Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang Bermula

By 1 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: M Zakry Chan/Nor Fariza Farnoh

MELAKA, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Bermula hari ini pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan semangat patriotisme cinta negara akan diadakan secara berterusan sehingga sambutan Hari Malaysia pada 16 September nanti.

Menurut Pengarah Penerangan Negeri Melaka Shahrom Ravin Daram Abdullah sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 kita seharusnya menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana dengan pengertian itu kita akan lebih menghargai keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi hari ini.

“Kemerdekaan jiwa dan minda yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri berteraskan empat aspek utama iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa kerana generasi muda berhadapan dengan ancaman penjajahan era baharu yang terdedah kepada media sosial.

“Gunakan media sosial secara berhemah dan jangan sesekali menyebarkan maklumat tidak sahih atau palsu di media sosial tanpa sebarang rujukan daripada pihak berkenaan,” ujarnya ketika merasmikan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, Peringkat Kolej Tingkatan Enam (KTE) Tun Fatimah, di sini pagi tadi.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda