Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sambutan Semarak Merdeka ke-65 KKM Seri Iskandar Sederhana Tapi Meriah

By 5 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suriani Ghazali (Perak Tengah)

BOTA, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Semarak Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-65 anjuran Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Seri Iskandar dengan kerjasama Pejabat Penghulu Mukim Bota disambut dalam suasana sederhana tapi cukup meriah.

Pegawai Daerah Perak Tengah Mohd Zaki Abdul Rahman melahirkan rasa teruja dan bangga melihat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat sesuai dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

“Saya berharap agar semua yang hadir dapat memasang bendera sama ada di premis, kedai, warung atau rumah masing-masing bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan ini.

“Setelah dua tahun negara tidak dapat menyambut kemerdekaan akibat pandemik COVID-19, maka inilah masanya kita tunjukkan kebersamaan dalam melahirkan rasa kecintaan kepada negara,” ujarnya ketika merasmikan program tersebut di Dewan Dato’ Ahmad Hambal, di sini semalam.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda