Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

ANMS Jeli Utamakan Amalan Hidup Sihat

By 6 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nik Faizul Nik Rahmat

JELI, 6 Ogos (Malaysiaaktif) –
Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) meletakkan peningkatan taraf kesihatan rakyat Malaysia sebagai keutamaan melalui amalan hidup sihat dan aktif, makan secara sihat, tidak merokok, serta mengamalkan kebersihan diri dan alam sekitar.

“Rakyat perlu sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat selaras dengan tema ANMS,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Dr. Izani Husin, di sini baru-baru in.

Dr. Izani turut melahirkan kerisauan tentang penularan penyakit berjangkit cacar monyet atau Monkey Pox masa kini.

Turut hadir Penolong Pegawai Jajahan Jeli Mohamad Jaafar, Ketua-Ketua Jabatan Daerah dan pimpinan komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda