Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Karnival Penerangan Jerlun Sejahtera Daerah Kubang Pasu 2022 Berjaya

By 14 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Faeizah Ahamad/Syed Ahmad Farhan Syed Mohamad (Kubang Pasu)

KUBANG PASU, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Karnival Jerlun Penerangan  Sejahtera berlangsung dengan jayanya bermula 11 hingga 13 Ogos 2022 di Padang Awam Alor Biak, Sungai Korok di sini berjaya mencapai matlamat penganjurannya.

Pegawai Daerah Kubang Pasu Dato Hj Muhamad Arof Darus berkata di sini semalam program sebegini dapat memberi banyak manfaat  dan info terkini kepada masyarakat setempat.

Antara pengisian program ialah Jualan Keluarga Malaysia, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, nasihat guaman percuma dan acara sukan.

Tidak ketinggalan, di adakan konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) pada hari terakhir karnival.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam Haji Azhar Ibrahim yang

hadir dalam acara pelepasan konvoi KMKM berkata  acara konvoi perlu diadakan setiap tahun agar semangat patriotisme tidak luntur terutamanya dalam kalangan anak-anak muda.

Turut mendapat perhatian ialah Forum Wacana Ummah yang menampilkan penceramah jemputan iaitu Dr Hj Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Baharin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda