Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Insentif Johor Bersih Galak Penduduk Mukim Lubok

By 13 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mazlin Basir

BATU PAHAT, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Penduduk Mukim Lubok di sini semakin mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadikan kawasan mereka cantik dan indah selepas saranan dan galakkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi melalui Program Johor Bersih 100 Hari.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd Fared Mohd Khalid, mukim yang dipilih sebagai Mukim Terbaik akan menerima wang tunai sebanyak RM10 ribu dan diberi keutamaan untuk melaksanakan Projek Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bernilai RM1 juta.

“Maka berusahalah untuk mendapatkan ganjaran itu. Jadikan ianya sebagai dorongan dalam melaksanakan program dengan sebaik mungkin,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Dewan Sungai Nibong, di sini semalam.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat Ezahar Abu Sairin dan Penghulu Mukim Bagan/Lubok Mohd Azri Tresno.

-ZS-

Tinggalkan komen anda