Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Mahasiswa OKU Nyanyi Lagu ‘Tanggal 31’ Guna Bahasa Isyarat

By 13 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 12 mahasiswa pekak dan bisu di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menzahirkan rasa cintakan negara dengan menyanyikan lagu ‘Tanggal 31’ dengan menggunakan bahasa isyarat.

Wakil pelajar, Sarvin a/l Muniappan, 20, berkata dia berasa sangat gembira kerana diberi peluang untuk memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini walaupun nyanyian mereka menggunakan bahasa isyarat.

“Saya dan rakan-rakan semua bersemangat menyanyikan lagu ‘Tanggal 31’ walaupun kami tidak boleh mendengar,” katanya selepas membuat persembahan sempena penjurian Pertandingan Menghias Bangunan Sempena Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang PSA, semalam.

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang, PSA mengambil inisiatif menganjurkan Pertandingan Menghias Bangunan bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warganya di samping menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini setelah dua tahun tidak diadakan ekoran pandemik COVID-19.

-ZS-

Tinggalkan komen anda