Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Jangan Gendang Bertingkah Lagi

By 1 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zuriatina Tamat (Kluang)

KLUANG, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Jangan Gendang Bertingkah Lagi itulah sajak yang menjadi pilihan Haizul Azuan Ahdan, 40, untuk dipersembahkan dalam program sambutan Bulan Kebangsaan peringkat daerah Kluang yang diadakan di Jalan Rambutan berhadapan Kluang Mall, pagi semalam.

Menurut beliau sajak hasil nukilan AB. Rani Embi mempunyai maksud yang mendalam dan sesuai dengan situasi semasa.

“Kita mahu generasi sekarang terus menghayati kemerdekaan dengan kaedah yang lebih santai dan menghiburkan seperti paluan gendang dan kompang serta alat-alat muzik lainnya,” kata beliau.

Haizul juga merupakan johan dalam Pertandingan Menulis Pantun Peringkat Antarabangsa dan juga Ikon Seni Budaya Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Guru 2022.

-ZS-

Tinggalkan komen anda