Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Karnival Tunas Keluarga Malaysia Pemangkin Semangat Keluarga Malaysia

By 27 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan wadah menyatukan rakyat dan seterusnya memulihkan negara untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

“Semangat Keluarga Malaysia hendaklah diterapkan ke dalam jiwa setiap generasi baharu supaya kita semua menerima kepelbagaian masyarakat di negara ini dan seterusnya menghayati konsep Keluarga Malaysia itu sendiri iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran,” kata Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof semasa merasmikan Karnival Tunas Keluarga Malaysia, di sini pada Ahad.

“Pelbagai program menarik diadakan seperti pertandingan pakaian beragam Keluarga Malaysia, bola sepak jalanan dan senamrobik yang bertujuan untuk memupuk semangat Keluarga Malaysia kepada semua golongan khususnya generasi muda,” katanya.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah Salina Hasan@Abd Rashid.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda