Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Tapak Pasar Malam Medan Tijari Jadi Rebutan Peniaga

By 27 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Garaj Kereta Pejabat Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) hari ini menjadi tumpuan penduduk sekitar yang mencuba nasib untuk memiliki petak perniagaan Pasar Malam Medan Tijari.

“MDTM mengeluarkan baki 85 borang daripada 218 borang yang diperuntukan untuk petak perniagaan pasar malam tersebut melalui kaunter khas yang dibuka pada pukul 8.30 hingga 11.30 pagi.

“Sebelum ini kita sudah memberi borang kepada peniaga yang berminat dan selebihnya diberikan pada hari ini,” kata Pegawai Perlesenan dan Kesihatan Awam Majlis Daerah Tanah Merah, Hassan Aziz.

Seorang peniaga makanan, Mohamad Amir Azrul, 21, dari Bukit Merah berkata beliau mula beratur sejak pukul 6.30 pagi tadi bagi mendapatkan borang tersebut.

Menurut kenyataan MDTM pengeluaran baki borang pasar malam tersebut diberi keutamaan kepada penduduk Tanah Merah terlebih dahulu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda