Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kerajan Negeri Johor Percepat Pembinaan Jalan Alternatif Terjejas Banjir di Sri Gading

By 27 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Ain Johari/Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri Johor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi membina jalan alternatif di Kampung Parit Baru Mukim Sri Gading yang terjejas akibat banjir.

“Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Johor telah bersetuju untuk menggantikan jambatan yang telah runtuh dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat akan mempercepatkan proses penyedutan air di kawasan yang masih terkesan akibat banjir,” kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Penduduk juga turut meluahkan rasa syukur di atas keprihatinan Datuk Onn Hafiz yang membuat tinjauan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Agama Seri Bengkal dan Sekolah Kebangsaan Peserai, di sini semalam.

Turut mengiringi lawatan, Pegawai Daerah Batu Pahat Nasri Md Ali, Ahli Parlimen Parit Sulong Dr. Noraini Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah Mohd Fared Mohd Khalid dan ADUN Parit Yaani Najib Samuri.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda