Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kerajaan Terengganu Beri Peluang Golongan Muda Jadi Perintis Ladang Induk Pengganda Kambing Tenusu

By 27 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Arif Fadhila Wan Yusof/Shaik Mohamad Fikri Shaik Ismail (Setiu)

SETIU, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu kini memberi peluang kepada golongan muda yang berminat dalam penternakan kambing tenusu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu Dr. Azman Ibrahim berkata untuk permulaan seramai enam orang anak muda yang berpotensi telah diserap masuk ke dalam fasa pertama perintis projek Ladang Induk Pengganda Kambing Tenusu di Kampung Bari, di sini.

“Mereka akan berada di sini selama 24 bulan dan turut menerima elaun sebanyak RM1200 seorang setiap bulan.

“Selepas tamat dua tahun, setiap seorang akan mendapat lima hingga enam ekor kambing termasuk 20 peratus hasil penjualan susu untuk mereka jadikan modal permulaan,” katanya.

Menurut Dr. Azman sehingga kini terdapat lebih 200 ekor kambing Saanen yang diimport daripada Australia bagi tujuan penghasilan tenusu, baka dan daging.

-ZS-

Tinggalkan komen anda