Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri Sembilan

Negeri Sembilan Bersih, Muafakat dan Sejahtera

By 27 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Mohd Khairulnizam (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Semangat patriotik dan kerjasama dalam meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini menunjukkan masyarakat di Negeri Sembilan sedar bahawa perpaduan serta keharmonian adalah tiang seri dan kekuatan negara tercinta ini.

“Inilah yang akan menjadi kekuatan yang mampu menangkis segala rintangan bagi menjelmakan kemodenan Negeri Sembilan melalui slogan Bersih, Muafakat dan Sejahtera,” ujar Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun sempena Majlis Apresiasi Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan, di sini semalam.

“Asas perpaduan dan semangat patriotik yang kukuh perlu disemai dalam setiap hati rakyat negeri ini dan bukan sahaja ketika menyambut Bulan Kebangsaan,” tambahnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda