Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Laman Warisan Kampung Laut Perkukuh Ekonomi Kelantan

By 9 September 2022September 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Saufi Ab.Ghani/Siti Meriam (Kelantan)

TUMPAT, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Laman Warisan Kampung Laut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia sebagai tonggak kepada pemulihan ekonomi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), pagi ini.

“Pelancongan merupakan salah satu sektor yang menjadi tonggak kepada pemulihan ekonomi di wilayah ini.

“Oleh itu kerajaan persekutuan telah mempergiatkan usaha memulihkan sektor pelancongan negara dan menyempurnakan projek ini adalah lambang komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi rakyat Kelantan,” kata Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan medianya.

Turut hadir empat Menteri Besar iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, Ketua Setiausaha Negara, Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, CEO dan ahli-ahli  ECER Wilayah Timur serta tetamu jemputan khas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda