Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

PPS SMK Kahang Diaktifkan

By 9 September 2022September 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zuriatina Tamat (Kluang)

KLUANG, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kahang diaktifkan semalam untuk tujuan latih amal dan simulasi pengurusan PPS tahun 2022 peringkat negeri Johor.

Pengaktifan PPS di SMK Kahang ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin-nisa Ismail.

Menurut  Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kluang selaku Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kapten (PA) Mohd Khairul Ishak  peserta telah diberikan taklimat dari agensi-agensi kerajaan berkaitan peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan di PPS.

“Pelaksanaan latih amal dan simulasi hari ini sangat baik kerana memberikan pengalaman kepada para sukarelawan dan juga kepada orang kampung berkaitan peranan dan tanggungjawab mereka semasa bencana terutama banjir,” katanya.

Seramai dua ratus peserta dalam kalangan warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor, agensi-agensi kerajaan peringkat daerah Kluang serta sukarelawan JKM dan Southern Volunteer (SV) terlibat dalam latih amal dan simulasi tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda