Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Modul 5R ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

By 29 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad

YAN, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Isu pelupusan sampah sehingga merosakkan alam sekitar sentiasa mendatangkan pelbagai masalah kerana sikap segelintir daripada kita yang membuang botol, pembungkus makanan dan beg plastik merata-rata.

Tunku Temenggong Kedah Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang berkenan hadir di majlis Perasmian Penutupan Program Pengurangan Kesan Plastik Terhadap Alam Sekitar Melalui Modul 5R (Tolak, Kurang, Guna Semula, Kitar Semula dan Pulih) turut mengambil berat tentang perkara tersebut.

“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar dapat berganding bahu dan membentuk sinergi dalam melindungi alam sekitar masa kini dan masa depan,” titah beliau di sini kelmarin.

Program turut melibatkan 2130 orang pelajar dan 143 orang guru dari 71 buah sekolah menengah di negeri Kedah bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Yayasan Sultanah Bahiyah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pusat Sains Negara dan E-Idaman Sdn. Bhd.

-ZS-

Tinggalkan komen anda