Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Penutup HKHM 2022 DUN Durian Tunggal Terap Nilai Patriotisme Kepada Generasi Muda

By 18 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah) 

ALOR GAJAH, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis Penutupan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Peringkat DUN Durian Tunggal tahun 2022 meriah dengan pelbagai persembahan daripada pemenang-pemenang pertandingan yang telah dipertandingkan sepanjang tempoh sambutan.

Pertandingan Bercerita Dan Deklamasi Puisi antara pertandingan yang dipertaruhkan selain Pertandingan Keceriaan Merdeka.

Pertandingan yang diadakan diperingkat sekolah rendah Dan sekolah menengah ini sedikit sebanyak dapat menerapkan nilai patriotisme dalam diri generasi muda terutama peserta yang mengambil bahagian.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Durian Tunggal, Zahari Abd. Kalil, program sebegini sememangnya kita akan adakan setiap tahun agar semangat dan nilai patriotisme itu tidak hilang.

“Semangat Perpaduan Dan toleransi antara kaum itu juga sangat penting untuk diterapkan terutama dalam diri generasi muda,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda