Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pesara Polis Negeri Johor Terubat Rasa Rindu Bertemu Dengan Rakan Sekerja Lama

By 18 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto Krisha Selladuria

PONTIAN, 17 Sep (Malaysiaaktif) –Persatuan Pesara Polis Johor Cawangan Pontian telah mengadakan satu Program Fun walk di Taman Negara Tanjung Piai.

Semua pesara Polis Negeri Johor dijemput bagi menyamarak lagi program pada ini. Program yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh Yang Dihormati Encik Mohd Ilham bin Mahujan, Pegawai Khas Ahli Parlimen Tanjung Piai wakil rasmi Ahli Parlimen Tanjung Piai.

Sarjan Jamal Bin Hassan, 65, merupakan salah seorang pesara 69 komando dari Kulai. Beliau berasa sangat teruja kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan seperjuang beliau dan semasa berjalan di Taman Negara telah mengimbas pengalaman beliau bekerja dalam hutan.

“Aktiviti seperti ini sangat bermakna dan bermanfaat kerana telah memberi peluang kepada semua pesara polis berjumpa rakan lama dan menggalakkan gaya hidup yang sihat,” ujar beliau setelah selesai berjalan sejauh 1 kilometer.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda