Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Penutupan Sementara Jalan Sempena Sambutan Hari Malaysia

By 14 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim/Rahman Ishak (Putrajaya)

MELAKA, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Beberapa jalan di Dataran Pahlawan di Bandaraya Melaka ditutup sempena raptai sambutan dan sambutan Hari Malaysia 2022 bermula hari ini 14 September (Rabu) hingga 16 September (Jumaat) 2022.

Menurut kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Zainal Abu yang dikeluarkan di Facebook Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah laluan ditutup sepenuhnya bermula dari hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Francis ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

“Penutupan jalan ini dilakukan bagi tujuan memberi laluan kepada kerja-kerja persiapan awal Program Sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan pada 16 September 2022, 8.00 malam, sepanjang jalan di Hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka.

“Anggota-anggota Penguatkuasa akan ditempatkan di lokasi tersebut bagi membantu aliran trafik dan tempat letak kenderaan di laluan berkenaan,” menurut kenyataan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda