Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Perasmian Dewan Terbuka Taman Sri Naning oleh Ketua Menteri Melaka

By 18 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Dewan Terbuka Taman Sri Naning dan Sambutan Hari Malaysia 2022 Peringkat Dun Taboh Naning telah berlangsung baru-baru ini.

Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali berkata, Dewan Terbuka Taman Sri Naning ini adalah satu kemudahan yang dinanti-nantikan oleh penduduk sekitar tanpa mengira kaum dan agama untuk menjalankan kegiatan sosial, mahupun rekreasi.

“Saya berharap dewan terbuka ini dapat diguna sebaik mungkin seperti mengadakan program contohnya, Majlis Sambutan Hari Malaysia yang diadakan pada malam ini dan dijaga rapi bagi mengelakkan kegiatan vandalisme,” Sulaiman.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan pada majlis ini seperti penyampaian hadiah, penyampaian sumbangan mangsa banjir, dan penyampaian watikah perlantikan JPKK dan Sidang DUN Taboh Naning. Malah terdapat juga jualan makanan dan minuman serta cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda