Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sultan Terengganu Rasmi Jambatan Angkat Kuala Terengganu

By 15 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad/Alizan Sulong/UPDI (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 15 Sep (Malaysiaaktif) – KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan jambatan angkat (draw bridge) dan menamakan jambatan itu dengan nama Jambatan Angkat Kuala Terengganu semalam.

Perasmian Jambatan Angkat Kuala Terengganu yang menelan kos sebanyak RM249 juta itu disempurnakan sempena sambutan Ulang Tahun ke Enam Puluh DYMM Sultan Terengganu.

Pembinaan Jabatan Angkat Kuala Terengganu dimulakan pada Ogos 2014 dan dibuka kepada orang ramai pada 1 Ogos 2019.

Turut berangkat pada majlis itu ialah KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dan Yang DiPertuan Muda Terengganu DYTM Tengku Muhamad Ismail.

Turut hadir adalah Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokthar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda