Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tanaman Kelapa dan Kopi Penyumbang Ekonomi Negara

By 20 September 2022September 27th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Kerajaan telah meluluskan sejumlah RM4.5 juta peruntukan Rancangan Malaysia ke-12 bagi projek pembangunan industri tanaman kopi dan RM15 juta bagi projek pembangunan industri kelapa.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhamad Zawawi Salleh, peruntukan tersebut adalah untuk untuk menyediakan infrastruktur dan fasiliti pengendalian lepas tuai, pembekalan input-input pertanian, perolehan bahan, peralatan kawalan perosak serta pemindahan teknologi.

“Kelebihan negara kita mempunyai iklim yang sesuai dan tanah yang subur untuk mengeluarkan hasil kopi terutamanya dari spesies Robusta dan Liberica yang dapat memperkenalkan kopi tempatan ke seluruh dunia dan meningkatkan pendapatan ekonomi malah mampu dieksport ke luar negara,” katanya ketika perasmian Sambutan Hari Kelapa dan Kopi Tahun 2022 yang berlangsung di Pusat Pertanian Parit Botak, Batu Pahat.

Turut hadir bersama, wakil Pegawai Daerah Batu Pahat, Mohd Mackeen Mohd Shafiee, ADUN Senggarang, Mohd Yusla Ismail dan Setiausaha Bahagian Sekuriti Makanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Mazlan Othman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda