Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Loceng Jennifer Selamatkan Kucing Terbiar

By 21 September 2022September 27th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 21 Sep (Malaysiaaktif) – Loceng yang berbunyi setiap hari sekitar jam 8 hingga 9 pagi umpama penyelamat kepada kucing – kucing terbiar di beberapa lokasi sekitar pasar baharu dan lama di pulau itu.

Seorang  pekerja swasta Jennifer Juanis, 34, mengambil inisiatif untuk memberi makan sekitar 30 ekor kucing terbiar setiap hari sebelum beliau masuk bekerja.

“Saya mula memberi makan kucing terbiar sekitar tahun 2019 dan bertambah aktif semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kerana banyak kucing terbiar tidak memperolehi makanan kerana banyak premis perniagaan tidak beroperasi.

“Mulanya saya merasa kasihan dan lama – kelamaan saya merasakan sudah menjadi tanggungjawab untuk memberi makan kepada kucing-kucing ini,”katanya semasa ditemui semalam.

Tambahnya, beliau membelanjakan sekitar RM 500 ke 600 setiap bulan untuk membeli makanan kucing dan kos itu dijangka meningkat ekoran harga makanan kucing yang semakin mahal.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda