Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

1000 Terlibat PROSPEK Mukim Serting Ulu

By 31 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/Media P127

JEMPOL, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Jempol telah dilancarkan di Kampung Serting Ilir di sini baru-baru dengan dihadiri lebih 1000 orang masyarakat setempat.

Perlaksanaan PROSPEK di Mukim Serting Ulu itu melibatkan lapan buah kampung dengan jumlah penduduk seramai 1000 peserta.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Mohd Salim Sharif dalam ucapannya berkata PROSPEK dilaksanakan bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan golongan sasar melalui pengagihan semula sumber tempatan secara maksimum bagi pendapatan ekonomi penduduk luar bandar, untuk meningkatkan kualiti prasarana asas dan meningkatkan peluang pekerjaan serta taraf hidup masyarakat luar bandar.

“Diharapkan agar semua pekebun kecil dan masyarakat di daerah ini khususnya di Serting Ilir sentiasa menyokong segala program pembangunan kerajaan dan RISDA kerana dengan sokongan dan penyertaan dalam program pembangunan yang disediakan akan dapat meningkatkan lagi taraf kehidupan kita semua,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda