Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Klinik Bergerak KPT Prihatin Dekati Masyarakat Setempat

By 31 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)

Hulu Langat, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Hospital Cancelor Tuanku Mukhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Komuniti Keluarga Malaysia Hulu Langat semalam telah menganjurkan Klinik Bergerak KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera bertempat di Sekolah Kebangsan Dusun Tua bermula pukul 9.00 pagi.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat pemakanan, khidmat nasihat ahli farmasi, pemeriksaan fisioterapi, unit terapi cara kerja dan pameran kesihatan.

Pengunjung yang hadir turut mendapatkan khidmat pakar dan nasihat secara percuma daripada 40 orang petugas kesihatan yang hadir.

Ketua Penolong Pendaftar HCTM Ahmad Zamri Noordin menyasarkan seramai 100 orang penduduk setempat hadir bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan terutamanya golongan B40 dan juga mereka yang berisiko menghidapi penyakit kronik.

“Ini adalah penganjuran kali kedua kami di kawasan Dusun Tua ini selepas kali pertama pada April lalu. Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, kami sentiasa terbuka untuk hadir lagi bagi memberikan yang terbaik untuk masyarakat di sini.

“Pada sebelah petang Program Ziarah Kasih akan mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah pesakit kronik,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda