Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Air Terjun Lata Kinjang Kembali jadi Tumpuan

By 11 Oktober 2022Oktober 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Ipoh)

CHENDERIANG, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Air terjun di Taman Eko Rimba Lata Kinjang kembali menjadi tumpuan pengunjung terutamanya pada hujung minggu selepas dibuka semula pada 30 Julai yang lalu.

Menurut petugas kaunter Hanita Isa, pengurusan Koperasi Orang Asli Lata Kinjang Berhad mengambil inisiatif untuk menaik taraf fasiliti sedia ada selepas dua tahun taman itu tidak beroperasi ekoran pandemik COVID-19.

“Pelbagai aktiviti menarik juga ditawarkan termasuk bermalam di kapsul atau tapak perkhemahan yang disediakan,” ujarnya lagi ketika ditemui di sini kelmarin.

Seorang pengunjung Mohd Rahimi Mohd Nordeen, 42, menyatakan suasana dan keindahan air terjun serta udara nyaman menjadi tarikan utama baginya untuk membawa keluarga mandi di air terjun tersebut.

“Kami juga bergambar di pelantar besi yang baru dibina di tingkat atas air terjun,” tambahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda