Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Desa Pancaran Delima Destinasi Pelancongan di Setiu

By 10 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Arif Fadhila Wan Yusof (Setiu)

SETIU, 10 Okt (Malaysiaaktif) – Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bersempena
Terengganu Eco Festival yang berlangsung selama tiga hari di Desa Pancaran Delima Kampung Mangkuk di sini yang berakhir semalam.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata Desa Pancaran Delima merupakan destinasi pelancongan baharu yang mengekalkan identiti perkampungan nelayan tradisional.

“Pelbagai program dan acara diisi sepanjang tiga hari festival berlangsung seperti acara sukan, pameran, pelepasan anak penyu, persembahan dan gerai-gerai jualan,” katanya ketika berucap merasmikan festival tersebut dan Hari Sukan Negara Daerah Setiu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda