Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

IKN Pertahan Tradisi Tenunan

By 11 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hazlinah Samsir

KOTA KINABALU, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Institut Kemahiran Negara (IKN) menerusi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) terus mempertahankan tradisi tenunan menerusi bidang tenunan di Kampus Satelit Sabah, Kota Belud.

Tenaga pengajarnya, Anjalia Raimin, 37, berkata bidang itu dibuka di Kota Belud memandangkan daerah itu terkenal dengan seni tenunan di Sabah.

“Selama dua tahun pengajian, pelajar berpeluang mempelajari tenunan selendang, alas meja dan juga bantal.

“Kita berharap generasi muda dapat mewarisi seni ini seterusnya membina kerjaya seperti menjadi usahawan ataupun tenaga pengajar apabila meneruskan pengajian di peringkat Diploma di IKN,” katanya ketika ditemui media di Festival Kraf Borneo, di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, pelajar-pelajar bidang tenunan IKN akan menerima kemudahan penginapan, peralatan sepanjang pengajian serta elaun bulanan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda