Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Ais Krim Roti Menggamit Memori

By 31 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauzrina Bulka

KOTA KINABALU, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Bergegas ke sekolah menjemput anak dengan terik matahari, hati terasa sejuk apabila melihat Rossaini Kandar, 34, menjual ais krim roti di perumahan berhampiran.

Hanya menjadikan kereta kecilnya sebagai gerai, murid-murid sekolah berpusu-pusu menghabiskan sisa wang yang diberikan untuk membeli ais krim roti berharga RM1 bagi menyejukkan tekak.

“Baru 10 bulan saya berniaga di sini, jualan agak memberangsangkan dan saya dapat menjual sebanyak 50 hingga 60 keping sehari.

“Sudah lama saya menyimpan idea menjual ais krim roti seperti yang sering saya nikmati semasa kecil ketika penjual lalu di hadapan rumah.

“Maka saya cuba cipta semula memori tersebut dan aplikasikan kepada anak-anak zaman sekarang,” kongsinya yang turut berniaga di Teluk Likas pada hujung minggu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda