Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Melentur Buluh Biar dari Rebungnya

By 1 November 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib

MUAR, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Pendidikan Islam perlu dilakukan lebih awal bagi mengenalkan anak-anak kepada Allah dan proses yang paling mudah ialah melalui pendidikan semenjak awal lagi.

“Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya amat bersesuaian dalam membentuk peribadi diri kanak-kanak sejak kecil kerana mereka dalam proses pembelajaran.

“Pendedahan awal berkaitan pendidikan agama Islam menerusi Pertandingan Hafazan dan Doa-doa Lazim oleh Kanak-kanak Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parit Keroma adalah amat bermanfaat,” kata Ketua Kg Sri Jong, Onn Taib dalam Program Malaysia Kita@Komuniti Parit Keroma, di sini kelmarin.

“Tabika Kemas bukan sahaja mengajar mengenai asas agama tetapi membentuk kanak-kanak menjadi lebih berkeyakinan dan berani tampil ke hadapan.

“Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan serta menaikkan semangat murid menghafal surah lazim dan doa harian sebagai amalan dalam kehidupan serta pembentukan sahsiah Islamik,” katanya.

Onn Taib kemudian menyampaikan hadiah kepada adik Fatihah Umairah M. Hairul, 4, yang memenangi tempat pertama pertandingan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda