Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pelancongan Lubuk Rezeki Pengusaha Kereta Sewa

By 31 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nazri Ramshah Abdul Basah

KOTA KINABALU, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Sektor pelancongan merupakan lubuk rezeki buat pengusaha kereta sewa.

Menurut salah seorang pengusaha kereta sewa dari Syarikat ArasBorneo, Abdul Rahim Abdul Salim, 40, pengunjung dari Semenanjung Malaysia merupakan pelanggan paling ramai menggunakan kereta sewa.

“Apabila musim cuti persekolahan ataupun cuti umum yang panjang, permintaan daripada pelanggan amat tinggi.

“Pelanggan dari negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Sarawak paling kerap menggunakan perkhidmatan kami dan kadang kala mereka menyewa dua atau tiga buah kereta sekaligus apabila bercuti bersama keluarga yang ramai,” katanya.

Tambah beliau, pembukaan kembali sektor pelancongan di Sabah meningkatkan semula pendapatan syarikat berbanding semasa ia belum dibuka sepenuhnya.

Sehingga kini, ArasBorneo mempunyai 20 buah kereta termasuk dua kenderaan pacuan empat roda.

-ZS-

Tinggalkan komen anda