Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sambutan Ulangtahun ke-10 KPPRS Himpun Peminat P. Ramlee Seluruh Asia Tenggara

By 3 Oktober 2022Oktober 5th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 3 Okt  (Malaysiaaktif) – Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS), Dewan Bahasa dan Budaya (DBP) Sarawak dan KPPRS menganjurkan seminar apresiasi karya P. Ramlee  di Balai Budaya DBP, di sini baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan  Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah  Sayeed Aman Ghazali hadir merasmikan seminar apresiasi karya P. Ramlee dan pelancaran buku 10 tahun KPPSR.

“Seminar ini bertujuan menghimpun peminat Seniman Agung P. Ramlee yang terdiri daripada pengkaji, pengkritik, penganalisis dan peminat biasa bagi menyediakan ruang dan peluang untuk berkongsi pandangan dan pemikiran tentang sumbangan P. Ramlee,” kata Dr. Adi, Presiden KPPRS

Terdahulu, seramai 200 peserta secara bersemuka dan 1,000 dalam mengikuti pembentangan 12 kertas kerja, forum, tayangan khas dan persembahan khas berpandukan tema Karya P Ramlee – Malar Segar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda