Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

CERT Daerah Klang, Pertama di Selangor

By 8 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Siti Rosliza Ibrahim (Klang)

KLANG, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Pelancaran Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) Daerah Klang telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah / Tanah Klang. Penubuhan Pasukan CERT Daerah Klang adalah pasukan pertama yang ditubuhkan di negeri Selangor.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Klang Tuan Shahman Jalaludin, peranan komuniti, sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) dilihat amat penting dalam membantu memindahkan mangsa bencana, bantuan makanan asas, bantuan pakaian dan lain-lain.

Sementara itu, menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Klang Kapten (PA) Maharris Manan, impak bencana merupakan suatu keadaan yang terjadi seakan insiden serangan hendap dan ianya berlaku secara mengejut.

“Keadaan bencana akan mengakibatkan situasi kucar-kacir dengan hanya dalam beberapa saat sahaja selepas bencana berlaku,” katanya.

Selain Angkatan Pertahanan Awam (APM), BOMBA, Mercy Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyampaikan taklimat kepada para peserta.

Penyampaian sijil lantikan telah diberikan kepada Ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ahli Majlis dan Persatuan Penduduk yang dilantik sebagai Pasukan CERT.

Tinggalkan komen anda