Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

‘Fun Hiking’ Bukit Bauk PIBKS Erat Silaturahim Warga Pendidik

By 1 Oktober 2022Oktober 3rd, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN,1 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 500 orang warga pendidik dari daerah  Dungun menyertai Program ‘Fun Hiking’ Bukit Bauk Penglibatan Ibu Bapa Komuniti Swasta (PIBKS) bersama Pendidik Daerah Dungun, pagi tadi.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Ahmad Said berkata aktiviti naik bukit bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan tubuh badan tetapi penting dalam menyemai dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan peserta.

“Diharapkan kegiatan ini dapat memupuk sikap kerjasama dan bantu-membantu sesama guru dalam aktiviti sukan lasak dan secara tidak langsung ia akan merapatkan hubungan antara peserta,” katanya ketika merasmikan program.

Dalam pada itu Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Dungun Shamsul Bahri Shafie memaklumkan program santai teraebut mendapat sambutan luar jangkaan dan pihaknya berhasrat untuk meneruskan program seumpama ini pada masa akan datang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda