Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

BNM Pergiat Pendidikan Literasi Kewangan

By 14 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Eviannie Kin

KOTA KINABALU, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Pendidikan literasi kewangan terus dipergiat menerusi Pameran Bergerak ‘LATerasi Kewangan’ anjuran Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM) di Muzium Negeri Sabah selama enam bulan.

Pengarah Jabatan Hospitaliti dan Muzium BNM Noreen Zulkepli berkata pameran itu diadakan dengan kerjasama Muzium Negeri Sabah bermula 12 Oktober 2022 sehingga 12 April 2023 yang menyasarkan para pelajar di negeri ini.

“Pameran ini memperingati ‘Buku Wang Saku’ sebagai usaha untuk memupuk para pelajar sekolah tentang kepentingan pengurusan kewangan.

“Setiap siri menghimpunkan karikatur oleh Datuk Lat yang menarik dan bermaklumat dengan latar belakang kehidupan harian rakyat Malaysia dan hubungan mereka dengan wang.

“Harap pengunjung akan dapat mempertingkatkan kesedaran dan kepentingan serta pengetahuan pengurusan selain perancangan kewangan masing-masing,” katanya ketika ditemui media di sini, pada Khamis.

Tambah beliau, pelbagai pengisian aktiviti turut diadakan sepanjang enam bulan pameran itu berlangsung.

“Pengisian aktiviti bakal membabitkan kolaborasi dengan pihak sekolah dan universiti sejajar dengan inisiatif BNM untuk memupuk celik kewangan dalam kalangan generasi muda,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda