Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Damiafrotec Homestay Terapi di Pengkalan Hulu

By 14 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Keutamaan kepada kesihatan memberi ilham kepada Pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Mohd Rosni Sulaiman membina inap desa atau homestay yang bercirikan kesihatan di Kampung Gok Yong, Pengkalan Hulu.

Menurut pengurus Damiafrotec Homestay, Ismail Pandak Mohd Ali, 45, inap desa tersebut turut menyediakan rawatan terapi dan bekam bagi mereka yang berkunjung ke situ.

“Di sini juga terdapat kolam itik dan ikan selain keindahan suasana desa yang memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung.

“Damiafrotec Homestay menjanjikan kelainan suasana dan boleh dikembangkan sebagai daya penarik pelancong ke Pengkalan Hulu,” katanya ketika ditemui.

“Tempahan yang diterima setakat ini amat menggalakkan dan pemilik bercadang membangunkan lebih banyak inap desa pada masa akan datang,” tambah Ismail lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda