Laporan/foto: Izarina KMI/Muhd Syafiq Irman
BENTONG, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Ivan Ramiro Sosa dari pasukan Movistar menjuarai Peringkat Ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) semalam dengan mencatat masa 3 jam 25 minit.
Kemenangan beliau diikuti rapat oleh Hugh Carthy daripada pasukan EF Education-Easy Post dan tempat ketiga diraih oleh Einer Augusto Rubio, juga dari pasukan Movistar.
Laluan yang dimenangi Ivan bermula dari Putrajaya dan berakhir di Genting Highlands dengan jarak sejauh 123.7 kilometer.
Kejohanan lumba basikal ini kembali semula setelah ditunda akibat pandemik COVID-19 disertai tujuh negara antaranya ialah Malaysia selaku tuan rumah, Afrika Selatan, Jepun, Australia, Indonesia, Thailand dan China.
-ZS-