Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Hayati Keperibadian Rasulullah SAW – Tunku Besar Tampin

By 28 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/JHEAINS Tampin

TAMPIN, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri dan Cik Puan Isteri Anis Sobari telah berkenan mengetuai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Tampin anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Tampin, di sini pada Rabu.

Menerusi Sabdaan Perasmian beliau telah menyeru orang ramai untuk menghayati sifat dan keperibadian Rasulullah SAW dalam membina tamadun ummah melalui budaya ilmu serta iman yang sempurna bagi menghasilkan masyarakat yang bersatu padu, maju dan berkualiti.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pemimpin tempatan terutamanya para Ketua Jabatan di daerah ini untuk sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalankan tugasan hakiki.

“Pada hemat saya, pengukuhan etika dan nilai-nilai murni dalam pentadbiran serta pengurusan adalah satu aspek yang perlu diteladani dan dilaksanakan.

Sehubungan itu, saya menyokong usaha-usaha meletakkan tadbir urus daerah Tampin ini berasakan kepada ilmu serta maqasid syariah dalam mencapai kebaikan dan menolak keburukan dalam setiap jiwa dalam masyarakat,” kata beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda