Laporan/foto: Sharifah Ithnin (Alor Gajah)
Alor Gajah, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Bangunan pejabat Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang baharu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, di sini semalam.
“Saya yakin dengan adanya bangunan baharu ini juga akan memupuk suasana kerja yang lebih kondusif.
“Terlalu banyak kenangan manis sepanjang saya berkhidmat sebagai Ahli Majlis MPAG ini,” katanya.
Sulaiman turut penyampaian sijil penghargaan kepada penyumbang tertinggi cukai taksiran tahunan iaitu Honda Malaysia Sdn. Bhd., Panglima Power Sdn. Bhd., Sunpower Malaysia Manufacturing Sdn. Bhd. dan Amalan Tepat Sdn. Bhd. (A Famosa Golf Resort).
Yang Dipertua MPAG, TPr. Saifuddin Abd. Karim yang hadir pada masjlis tersebut mengucapkan terima kasih kepada 342 kakitangan MPAG yang telah bertungkus lumus, bersama-sama menggalas tanggungjawab dalam memastikan urusan perpindahan ke pejabat baharu berjalan lancar dan dapat beroperasi mengikut masa yang ditetapkan.
“Pembinaan pejabat ini telah siap dibina sepenuhnya pada April 2021. Setelah melalui proses perpindahan, pejabat MPAG ini telah mula beroperasi dan menerima kunjungan orang ramai pada 19 Julai 2021,” katanya.
-ZS-