Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

HSN Kedah Terap Gaya Hidup Sihat

By 8 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

KUBANG PASU, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2022 Peringkat Negeri Kedah telah berlangsung di Tasik Darulaman, Jitra, di sini
hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan, Seni dan Budaya, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Mohd Firdaus Ahmad berkata HSN 2022 mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh rakyat negeri Kedah dalam menjadikan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian dapat diterapkan.

“Pada hari ini pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ‘fun ride’, ‘fun run’, serta senamrobik.

“Paling istimewa di mana penganjuran kali ini kita meraikan orang kurang upaya (OKU) ataupun kita namakan ‘Karnival Sukan Inspire OKU Aktif’ di mana kita bersama-sama dengan golongan ini untuk meraikan HSN 2022,” katanya ketika ucapan perasmian.

Turut Hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Norizan Khazali, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Dato’ Halimaton Shaadiah Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam Azhar Ibrahim dan Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli.

-ZS-

Tinggalkan komen anda