Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Padang Awam MDTM Kini Dikenali dengan Nama Baharu

By 8 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Faizzad Kamal (Muallim)

SLIM RIVER, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Padang Awam Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM) kini dikenali sebagai Padang Awam Dato’ Khusairi bersempena Hari Sukan Negara Daerah Muallim.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Mohd Zaidi Aziz nama baharu ini diilhamkan sempena nama Allahyarham Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib yang merupakan ADUN Slim selama empat penggal sejak tahun 2014 hingga 2020.

“Allahyarham telah banyak berjasa kepada masyarakat di daerah ini khususnya penduduk DUN Slim,” katanya ketika merasmikan program, di sini pagi tadi.

Tambah Mohd Zaidi, kerja membaik pulih dan menyelenggara astaka dan tandas di padang awam ini telah dilaksanakan dengan kos RM100,000 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).

-ZS-

Tinggalkan komen anda