Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

HSN Meriahkan 10 Tahun Penubuhan UTC Melaka

By 8 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Adha Hashim/Khairunnisa Abd Rahman (Melaka Tengah)

MELAKA, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Melaka Tengah 2022 Sempena 10 tahun penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka disambut meriah.

Menurut Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman semasa merasmikan sambutan tersebut di UTC Melaka, di sini hari ini penganjuran HSN sudah pasti akan memberi kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat dan meningkatkan penglibatan serta penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan di semua peringkat.

“Selain itu masyarakat dapat menghayati dan menjayakan visi sukan negara bagi melahirkan rakyat yang mempunyai kualiti kesihatan yang baik, sejahtera dan aktif,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan bagi menarik penyertaan pelbagai golongan seperti sepak bola, jejak maklumat, pertandingan mewarna dan sebagainya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda