Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Jabatan Pertanian Labuan Realisasikan Matlamat Dasar Makanan Negara

By 28 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Pertanian Labuan mengambil langkah strategi perancangan jangka masa panjang untuk merealisasikan Dasar Makanan Negara bagi menjamin bekalan makanan mencukupi, selamat dimakan serta mampu dibeli.

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan Senator Datuk Bashir Alias, jabatan itu mengagihkan insentif kepada pengusaha pertanian di Labuan di bawah Program Pembangunan tanaman buah-buahan jangka masa panjang, jangka masa pendek  dan juga program Pertanian Bandar.

“Selain itu peluang pasaran juga diperluaskan melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) iaitu agensi dibawah kementerian pertanian dan industri makanan yang bertanggungjawab dalam memasarkan hasil pertanian di Labuan.

“Bagi memastikan kestabilan harga makanan, pembangunan sistem pemantauan harga dan sistem amaran awal bekalan makanan akan membantu ketersediaan dan pengeluaran makanan yang memenuhi permintaan yang dijalankan antara Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna,”menurutnya semasa merasmikan Penutupan Minggu Terbuka Taman Pertanian Kilan, Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Sosio Ekonomi Perbadanan Labuan, Ernie Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda