Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Ladang Teh Gaharu Tarikan Istimewa Gopeng

By 28 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan/foto: Muhammad Nashran Mat Nor/Noorhayati Ab Aziz (Kampar)
GOPENG, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Malaysia Book of Record telah mengiktiraf Ladang Teh Gaharu sebagai ‘First Organic Mono Crop Gaharu Plantation’ pada 2013, ladang teh tersebut menjadi antara tarikan istimewa buat pengunjung yang datang ke daerah ini.
Ladang berkeluasan 300 ekar ini mula diusahakan pada 1992 dan kini terdapat kira-kira 200,000 pokok gaharu yang ditanam.
“Pengunjung bukan sahaja berpeluang untuk mengenali pokok gaharu malah mereka dapat mengetahui tentang pelbagai produk yang boleh dihasilkan berasakan kayu gaharu seperti minyak wangi, colok dan banyak lagi,” jelas Ponchannanu Korsa, 61, yang bertugas sebagai pembantu jualan di premis ladang tersebut.
Seorang pelancong dari Pulau Pinang, Lim Ching Ying, 36, berkata, dia datang ke ladang ini kerana lokasinya sangat sesuai untuk mencari ketenangan sambil menghayati keunikan khazanah bumi yang harus dijaga pada masa hadapan.
-ZS-

Tinggalkan komen anda