Laporan/foto: Zayana Isa
KUANTAN, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Atlet-atlet yang mewakili kontijen Pahang ke Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 diseru untuk membawa semangat juang Mat Kilau.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang Mu’azamir Haji Jili berkata atlet yang mewakili negeri Pahang harus berjuang untuk mencapai kecemerlangan dalam acara yang disertai.
“Kita perlu membawa semangat juang Mat Kilau di Para Sukma nanti dan diharapkan semoga atlet yang mewakili negeri Pahang beroleh kejayaan,” katanya di Majlis Penyerahan Bendera dan Pelepasan Kontinjen Negeri Pahang ke Kejohanan Liga Tunas Malaysia Peringkat Kebangsaan dan Para Sukma XX MSN 2022, di sini baru-baru ini.
Beliau turut mendoakan kejayaan pasukan bola sepak bawah 16 tahun yang mewakili negeri Pahang ke Kejohanan Liga Tunas Malaysia.
Sementara itu, atlet tenpin boling Ruzila Mustafa, 38, berazam untuk tidak mudah mengalah dan akan melakukan yang terbaik di kejohanan itu nanti.
-ZS-