Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kekal Tradisi Melayu dalam Sukan

By 9 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Juhannis Hj Idris/Kartini Abdul Aziz (Batang Padang)

SUNGKAI, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Program kecergasan, ‘Fun Walk’ sempena sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Batang Padang 2022 tampil unik apabila peserta mengenakan kain pelikat dan berkain batik.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Komuniti dan Generasi Felda Wilayah Trolak Kamis Mansor, inisiatif ini diambil bagi mengekalkan tradisi kemelayuan dan meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan penduduk Felda.

“Oleh itu, peserta yang menyahut usaha ini turut menerima hadiah sebagai galakan kepada pemenang.

“Penduduk Felda mempunyai ukhwah yang teguh dan hidup secara harmoni kerana buktinya, kita dapat lihat masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai lapisan umur menyertai program ini walaupun hujan turun pada awal pagi,” katanya ketika ditemui di Padang Awam Felda Trolak Selatan, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda