Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Nut Jamudin Tokoh Maulidur Rasul 1444H Masjid Simpang Empat

By 9 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azimee Abdullah

BALIK PULAU, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Nut Jamudin Mohd Zin telah terpilih sebagai tokoh Maulidur Rasul Masjid Simpang Empat 1444H/2022 di forum Maulidur Rasul di Masjid Jamek Simpang Empat, di sini semalam.

Nut Jamudin ketika ditemui berkata, beliau berasa terharu dan berterima kasih kepada pihak Jawatankuasa Kariah Masjid kerana memilih beliau sebagai tokoh Maulidur Rasul.

“Saya berbesar hati kerana jasa dan sumbangan saya menjaga kebajikan anak kariah dan aktiviti pengimarahan masjid selama ini dihargai,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Simpang Empat Zulkepli Ismail yang menyampaikan sijil dan trofi kepada Nut Jamudin turut mengucapkan tahniah atas jasa dan sumbangannya kepada kariah masjid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda